BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Assalamualaikum,

Pada hari ini, saya akan menceritakan berkenaan pengalaman terbaik yang pernah saya alami iaitu berpeluang untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Thailand. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan kerana ini merupakan kali pertama saya menjejak kaki ke negara orang. Saya berasa teruja kerana dapat mempelajari tentang budaya-budaya mereka, malah bukan itu sahaja saya turut berpeluang untuk mempelajari bahasa mereka yang unik itu. Selain itu, ketika saya membuat lawatan ini aktiviti yang paling menarik saya lakukan adalah saya dapat mengajar kanak-kanak di Thailand untuk berbahasa Melayu. Di sana, saya juga dapat merasa makanan Thailand dan dapat mengunjungi tempat-tempat menarik di sana. Antara tempat menarik yang saya kunjungi ialah Pasar Terapung Hat Yai, Bazar Malam Asia Hatyai dan  Pantai Samila Songkhla. Saya juga turut dapat mengenali rakan-rakan baru di sana.




Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2019: Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa

BBM3410Satu2019: CLOSE-UP (Prestige Production)