BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Rujukan: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi

Penulis: Prof.Dr Normaliza Abd Rahim

Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)



SINOPSIS

Cerita Sosial 1:

Kisah ini menceritakan tentang Alim yang akan pulang ke kampung nenek dan datuknya di Kajang. Alim sangat teruja untuk pulang ke kampung kerana hendak bermain dengan ayam dan itik belaan datuk dan neneknya. Setelah sampai, Alim terus mencari-cari ayam dan itik tersebut. Namun, Alim amat sedih dan kecewa apabila tidak menemui ayam dan itik tersebut. Dia menyangkakan bahawa ayam dan itik itu sudah mati. Tetapi setelah itu, Alim mula berasa gembira apabila mengetahui bahawa ayam dan itik tidak mati dan hanya dipindahkan ke reban yang baharu. Sekali lagi, Alim berasa sedih apabila melihat perubahan keadaan rumah nenek dan datuknya yang baharu tetapi dipujuk oleh neneknya dengan dibawa berjalan-jalan sekeliling kawasan rumah. Hati Alim yang duka kembali terubat dan akhirnya dia boleh bergelak ketawa bersama adik-beradiknya yang lain sambil menonton televisyen.



Jenis-Jenis Multimedia Yang Boleh Digunakan Bagi Tujuan Penyebaran Cerita Sosial 

1. Blog

Blog boleh dijadikan sebagai saluran multimedia untuk menyebarkan cerita sosial tersebut. Hal ini boleh dilakukan dengan cara menulis sinopsis cerita tersebut atau menulis kembali sepenuhnya cerita berkenaan di dalam laman blog. Namun demikian, rujukan cerita sosial tersebut seperti tajuk buku, penulis dan penerbit hendaklah disertakan.

2. Instagram 

Instagram pula adalah salah satu laman sosial paling terkenal terutamanya dalam kalangan generasi muda. Cerita sosial ini boleh disebarkan dengan diadaptasikan ke dalam bentuk komik atau lukisan. 

3. Facebook 

Laman sosial 'Facebook' atau dikenali juga sebagai muka buku turut memiliki pelbagai fungsi seperti memuat naik video, gambar dan sebagainya. Penyebaran cerita sosial ini juga dapat dilakukan. Hal yang sama dapat dibuat seperti di Instagram iaitu dengan mengadaptasikan cerita tersebut ke dalam bentuk komik atau lukisan.

4. Twitter

Twitter merupakan antara laman sosial yang terkenal dengan memiliki bebenang atau 'thread' yang boleh digunakan untuk menyebarkan cerita sosial tersebut. Hal ini dapat dilakukan dengan menceritakan kisah dalam cerita sosial berkenaan secara bebenang atau 'thread' untuk menarik minat para pembaca.

5. YouTube

Youtube merupakan laman sosial yang popular untuk membuat video. Cerita sosial yang dibaca boleh diadaptasi dalam bentuk video animasi. Video berkenaan dapat dimuat naik dalam YouTube dengan durasi yang panjang. Hal ini dapat menjadikan cerita berkenaan lebih menarik. Malahan, animasi  yang direka akan dapat memudahkan penonton untuk lebih memahami jalan cerita yang ingin disampaikan.  

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2019: Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa

BBM3410Satu2019: CLOSE-UP (Prestige Production)