BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamualaikum,

Perkongsian kali ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang keluarga saya.
Keluarga ialah asas kepada masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Anggota keluarga merupakan orang yang paling bermakna dalam kehidupan kita. Keluarga biasanya terdiri daripada ibu, ayah, kakak, abang dan adik. 

Keluarga saya terdiri daripada enam orang ayah, ibu dan tiga orang adik. Saya merupakan anak sulung dalam keluarga. Saya mempunyai tiga orang adik iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Nama ayah saya ialah Baharuddin Bin Bharin. Ayah saya merupakan seorang pesara tentera laut. Kini, beliau bekerja sendiri. Ayah saya berumur 50 tahun. Pada waktu lapang, ayah saya suka pergi memancing. Ayah saya merupakan seorang bapa yang baik. Beliau sangat prihatin akan anak-anaknya yang mempunyai masalah. Jika saya mempunyai masalah, saya pasti akan mencarinya untuk menanyakan pendapat dan cara untuk menyelesaikannnya. 

Ibu saya bernama Sakinah Bt Othman. Beliau berumur 48 tahun. Pekerjaan beliau ialah Pegawai Kastam di Sitiawan, Perak. Beliau seorang ibu yang penyayang dan penyabar orangnya. Namun demikian, apabila beliau marah saya berasa amat takut. Adik saya yang kedua bernama Muhamad Amirul Aiman Bin Baharuddin, adik saya yang ketiga bernama Muhamad Amirul Afzan Bin Baharuddin dan adik saya yang bongsu bernama Noor Najihah Bt Baharuddin. 

Kami sekeluarga sering melakukan aktiviti bersama seperti solat berjemaah dan melancong. Jika ibu dan ayah saya mempunyai masa lapang kami pasti akan merancang untuk bercuti bersama. Antara tempat yang sering kami kunjungi ialah Cameron Highland, Pahang. Tempat ini merupakan tempat kesukaan kami sekeluarga. 

Ibu dan ayah saya sering menasihati kami adik-beradik supaya saling membantu antara satu sama lain. Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang penyayang dan memahami. Harapan saya semoga kebahagiaan ini berkekalan hungga ke akhir hayat. 


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2019: Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa

BBM3410Satu2019: CLOSE-UP (Prestige Production)