BBM3410Satu2019: Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Blog merupakan satu medium
perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza
Abd Rahim, 2014). Blog boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal
atau diari. Selain itu, blog juga boleh digunakan untuk mempromosikan dan
memperiklankan produk. Menurut Li dan Chingnell (2010) menyatakan bahawa blog
sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog juga
membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Menulis blog
merupakan satu aktiviti yang berguna bukan hanya untuk meningkatkan keyakinan
dalam menulis sesuatu perkara malah dapat juga dijadikan sebagai motivasi untuk
belajar menulis dengan kreatif.
Terdapat beberapa kajian berkenaan
dengan blog. Hal ini kerana blog merupakan medium dialog antara penulis dan
pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis dengan penulis yang lain.
Penyelidik telah memberikan garis panduan bahawa menulis blog mesti menepati
syarat-syarat menulis (Ferdig & Trammell, 2004). Blog pendidikan menawarkan
latihan maklum balas yang berguna, semakan berdasarkan maklum balas serta
langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar (
Williams, 2004). Walaupun, kebanyakan guru kurang berpengalaman dalam
menggunakan teknologi melalui pengajaran mereka, dengan adanya blog pendidikan ini
sedikit sebanyak telah membantu mereka (Martindale & Wiley, 2005).
Menurut Nowson (2006), blog
merupakan laman web yang dikemas kini mengikut kronologi sedangkan bahasa yang
digunakan pula tidak formal dan kurang terhad. Penulisan blog juga dapat memberi
peluang kepada penulis untuk belajar perkara baru seperti idea, tatabahasa dan
struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara menyusun penulisan mereka. Tetapi,
semasa menulis hendaklah berhati-hati dengan mengambil kira sensitiviti orang
lain. Zaini Amir et al. (2012) telah
menjalankan kajian terhadap perbezaan bahasa yang digunakan oleh remaja lelaki
dan perempuan dalam menulis blog. Bahasa yang digunakan oleh para remaja ini
adalah tidak formal dan seolah-olah bahasa yang digunakan mereka ini sama
dengan bahasa percakapan harian. Teori yang digunakan adalah teori Lakoff
(1957). Melalui teori ini terdapat tiga ciri iaitu unsure penegasan, penambahan
soalan dan mengelakkan bahasa taboo. Menulis blog dapat menjadi terkenal
kerana privasi dan penulisan idea mereka yang unik.
Tambahan lagi, hasil kajian daripada
kajian yang dijalankan antara guru dan pelajar menunjukkan bahawa menulis blog
ini dapat membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran menulis. Keputusan yang
diberikan oleh pelajar ini mendapat respon yang positif berkenaan penggunaan
blog dalam aktiviti pembelajaran bahasa kedua. Berdasarkan daripada pelbagai
kajian yang dijalankan tentang penulisan blog, ia dapat dinyatakan untuk
membantu pelajar-pelajar Korea dalam mempelajari bahasa kedua.
Keputusan dan perbincangan kajian
ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengajian kesusasteraan,
pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Oleh itu, keputusan ini jelas
menunjukkan blog dapat membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan,
bahasa dan pembelajaran teknologi. Penulisan blog ini juga dapat meningkatkan
motivasi serta keyakinan diri untuk menulis. Kajian ini turut melibatkan
pengajar dalam mempertimbangkan penulisan blog yang dilakukan pelajar sebagai
alat untuk mempelajari bahasa kedua.
Comments
Post a Comment