Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Blog boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari. Selain itu, blog juga boleh digunakan untuk mempromosikan dan memperiklankan produk. Menurut Li dan Chingnell (2010) menyatakan bahawa blog sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog juga membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Menulis blog merupakan satu aktiviti yang berguna bukan hanya untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis sesuatu perkara malah dapat juga dijadikan sebagai motivasi untuk belajar menulis dengan kreatif. Terdapat beberapa kajian berkenaan dengan blog. Hal ini kerana blog merupakan medium dialog antara penulis dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis dengan penulis yang lain. Penyelidik telah memberikan garis panduan bahawa menulis blog mesti menepati syarat-syarat menulis (Ferdig & Trammell, ...
Comments
Post a Comment