BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Normaliza Abd Rahim (2019)








Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan dan memberi ulasan serba sedikit berkenaan sebuah buku yang bertajuk Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Buku ini mengandungi tujuh bab. Bab satu buku ini menyatakan berkenaan definisi wacana yang merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Berdasarkan bab dua pula menerangkan berkenaan dengan teori dan pendekatan wacana buku ini dengan menyatakan lima teori iaitu Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis VanDjik (1977), Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) dan Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Oleh itu, berdasarkan pemilihan teori yang ingin digunakan dalam sesebuah kajian itu amat penting bagi menjamin kesahihan data yang diperoleh. Seterusnya, terdapat tiga kajian berkenaan dengan analisis wacana yang telah dinyatakan dalam bab tiga buku ini iaitu meliputi lirik lagu, cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autism. Kajian-kajian ini telah bertumpu kepada nilai sosial yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan keperibadian yang mulia.
 
Tambahan lagi, dalam bab empat buku ini pula menerangakan berkenaan dengan fstrategi komunikasi yang bepandukan kepada pendapat-pendapat tokoh seperti Selinker (1972). Hal ini demikian kerana strategi komunikasi yang digunakan adalah bertujuan untuk membentuk sahsiah diri seseorang ketika menyampaikan sesuatu maklumat. Strategi komunikasi ini juga turut diceritakan dalam bab lima buku ini melalui taksonomi pendekatan strategi komunikasi. Terdapat beberapa kajian telah dijalankan dalam menambahbaik empat strategi komunikasi yang sedia ada melalui pendekatan Strategi Komunikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2018e). Selain itu, satu kajian telah dijalankan mengenai komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang telah dinyatakan dalam bab enam yang bertujuaan untuk menganalisis strategi yang digunakan oleh kanak-kanak ketika berkomunikasi melalui perbincangan kumpulan. Manakala, dalam bab tujuh buku ini pula ialah cadangan kajian akan datang yang boleh dilakukan berkenaan dengan kajian wacana dan strategi komunikasi. Antara kajian yang dicadangkan ialah mengenai bahasa isyarat, bahan bercetak serta bahan elektronik dan media sosial. Secara keseluruhannya, buku ini sangat sesuai digunakan sebagai rujukan untuk melakukan kajian berkenaan strategi berkomunikasi. Hal ini demikian kerana, penggunaan strategi komunikasi dan wacana ini akan dapat membantu komunikasi seseorang menjadi lebih berkesan dan bermakna.  
 
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
 
Buku: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi
 
Harga: RM 20.00
 
#ProfDrNSatu2019
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#28November2019
#RugiKalauTakBeli

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2019: Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa

BBM3410Satu2019: CLOSE-UP (Prestige Production)