BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


Sem 7 ini mengajar aku banyak perkara. Di sini aku belajar erti 'redha'. Benar kata Prof kalau kita 'redha' semua benda akan jadi mudah. Bukan 'redha' je yang Prof ajar. Prof juga ajar untuk menepati masa. Masa ni sangat penting dalam hidup. Betapa tegasnya Prof mengenai masa, kalau salah seorang ahli kumpulan tak cukup memang tak boleh nak present. Huhuhu.

Berkenaan dengan tekanan semasa membuat tugasan Prof. Tipu lah kan kalau tak rasa stress tu kadang ada lah jugak mengeluh. Tapi tulah. Nak taknak memang kena buat. Jadi di situ memang belajar redha. Hahahaa. Tapi tulah lama-lama jadi suka pulak subjek ni. Sebab dari sini aku belajar takde rasa malu dah nak berhadapan dengan kamera dan orang sekeliling.

Apapun, terima kasih Prof Normaliza Abd Rahim, En Akmal, rakan-rakan seperjuangan iaitu Prestige Production. Semoga dengan apa yang aku hadapi suka dan duka ini dapat disimpan sebagai kenangan sampai bila-bila. Mungkin suatu ketika aku akan ingat memori yang tercipta ini. Tapi setiap yang bermula pasti akan berakhir. Terima Kasih semua. (Tiba-tiba rasa sedih)

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#15Disember2019
#SehinggaBertemuLagi




Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2019: Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa

BBM3410Satu2019: CLOSE-UP (Prestige Production)