Posts

Showing posts from October, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Image
Assalamualaikum, pada hari ini saya akan berkongsikan tugasan yang telah diberikan oleh Prof.Dr Normaliza. Tugasan yang diberikan Prof memang banyak, tapi tulah Prof selalu pesan kena 'redo'. Kalau 'redo' semuanya jadi mudah. Oleh itu, dengan pesanan yang diberikan itu. Maka, aku pun buatlah kerja dengan 'redo'. Alhamdulillah, walaupun mula-mula rasa agak terpaksa tapi lama-kelamaan menjadi seronok. Ini antara salah satunya tugasan yang kami perlu lakukan.  Gambar 1 Ni tak tahu muka nak gelak ke nak nagis. hahaha. Takpe, yang penting nampak comelkan. hehehe Gambar 2 Gambar ni pulak rasa acah-acah macam Prof kan? Tudung sarung tidak menjadi masalah bagiku. hahaha Okk, ini saja bebelanku untuk hari ini. Semoga terhibur. 

BBM3410Satu2019: Ulasan Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Blog boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari. Selain itu, blog juga boleh digunakan untuk mempromosikan dan memperiklankan produk. Menurut Li dan Chingnell (2010) menyatakan bahawa blog sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog juga membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Menulis blog merupakan satu aktiviti yang berguna bukan hanya untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis sesuatu perkara malah dapat juga dijadikan sebagai motivasi untuk belajar menulis dengan kreatif. Terdapat beberapa kajian berkenaan dengan blog. Hal ini kerana blog merupakan medium dialog antara penulis dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis dengan penulis yang lain. Penyelidik telah memberikan garis panduan bahawa menulis blog mesti menepati syarat-syarat menulis (Ferdig & Trammell, ...

BBM3410Satu2019: BIRD'S EYE VIEW (Prestige Production)

Image
Bertemu lagi kita, kali ini saya akan berkongsikan asas fotografi yang terakhir iaitu Bird's Eye View. Teknik yang diperlukan untuk mengambil gambar ini adalah anda perlu berada di tempat yang tinggi. Gambar ini terlihat begitu indah dengan adanya cahaya-cahaya cantik yang menerangi malam.  Gambar ini mungkin dilihat ringkas tetapi apabila diamati sangat menenangkan mata yang memandang.  Gambar ini diambil dari aras 26 Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dari jauh sudah nampak KLCC dan Menara Berkembar. 

BBM3410Satu2019: MUG SHOT (Prestige Production)

Image
Bertemu lagi kita pada hari ini. Pada hari ini saya akan menyambung penerangan mengenai asas fotografi yang seterusnya iaitu Mug Shot. Mug Shot lebih kurang sama dengan Close-Up cuma yang membezakannya adalah bersedia atau tidak gambar itu diambil. Gambar jenis Mug Shot ini sering kali digunakan untuk mengambil gambar-gambar penjenayah. Teknik pengambilan gambar jenis ini  perlulah diambil dari hujung kepala hingga ke bahu sahaja.  "Akmal, aku tak boleh tengoklah muka kau ada je buat aku nak ketawa.  HAHAHAHAHA" kata Anira kepada Akmal "Aku tengah kecewa macam ni pun kau boleh lagi nak ketawakan, apalah yang lawak sangat :("  balas Akmal kepada Anira " Tulah Akmal aku pun pelik tengok Anira ni ketawa tak ingat dunia" kata Nitan kepada Akmal

BBM3410Satu2019: OVER THE SHOULDER (Prestige Production)

Image
Saya akan menerangkan asas fotografi bagi Over The Shoulder. Asas bagi asas fotografi ini, gambar diambil daripada bahagian belakang sesuatu objek bagi memperlihatkan objek yang lain. Ini menjadikan gambar ini dapat dilihat dari dua sudut yang berbeza.  Apalah yang dikenangkan Nitan sewaktu gambar ini diambil? Mungkin sedang memikirkan tentang PITA beliau yang tak sudah-sudah. Anira mengenangkan waktu-waktu yang tersisa sebagai pelajar tahun akhir untuk tinggal di kolej ini iaitu Kolej Sultan Alaeddin Suleman Syah. Pahit manis kenangan semuanya ada.  Melihat replika kereta kebal yang terdapat di hadapan Kolej Sultan Alaeddin Suleman Syah menjadikan Sazlina tetap bersemangat untuk menjadi seorang PALAPES, UPM. 

BBM3410Satu2019: LONG SHOT (Prestige Production)

Image
Haaa, yang seterusnya pula ialah gambar jenis Long Shot . Senang   cerita gambar jenis ni gambar jarak jauh.  Long Shot (Pemandangan) Untuk kesekian kalinya aku ke sini. Tempat ni memang selalu model-model datang nak 'shot' gambar. Putrajaya memang banyak tempat cantik kalau nak bergambar.  Ini pula antara tempat yang menarik untuk di lawati di UPM. hahahah "Jauh perjalanan, luas pemandangan". Betul lah tuuu ... Long Shot (Pemandangan dan Manusia) Subhanallah, tenang bila tengok ciptaan Allah. Ehhh, dah kenapa tu?? Jalan elok-elok. Kang jatuh nanti.  Apalah yang mereka tu buat. Nampak macam kuman jee dari jauh. 

BBM3410Satu2019: MEDIUM SHOT (Prestige Production)

Image
Perkongsian kedua pula adalah mengenai gambar yang diambil secara Medium Shot . Gambar yang telah diambil mengikut jenis Medium Shot ini saya bahagikan kepada dua iaitu manusia dan pemandangan berserta manusia.  Medium Shot (Manusia) Nama dia Siti Nor Shahira tapi kami panggil dia Mek. Mek ni pakai apa pun tetap comel. Mek dengan orang dia kenal je dia senyum macam tu. Tapi kalau dengan orang yang dia tak kenal macam singa tak dapat makan sebulan. hehehe~ Alolo Dina. Pandai dah dia 'posing' sekarang. Dina ni kalau senyum manis je. Tapi kalau dengan orang yang dia tak biasa susah nak tengok dia senyum. Jadi mulai sekarang terus lah tersenyum yee.  Muka ni tak tahu macam mana aku nak gambarkan. Muka tu muka terpaksa senyum ke macam mana? Ke muka tahan kentut. Aduhh, kalau nak senyum tu. Senyum jelahh.  Medium Shot (Manusia dan Pemandangan) Cantik pemandangan belakang tu tapi cantik lagi gadis yang bertudung biru ini. cia cia cia. ...

BBM3410Satu2019: CLOSE-UP (Prestige Production)

Image
Assalamualaikum,  Hai... Pada hari ini saya akan menceritakan berkenaan hasil penggambaran yang telah dilakukan oleh kami dari kumpulan Prestige Production. Terdapat beberapa jenis asas fotografi yang dapat saya kongsikan pada coretan kali ini. Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan kepada mereka yang berminat untuk melakukan penggambaran.  Close-Up (Manusia) Gelak lah selagi boleh. Pedulikan perkara-perkara yang negatif. Hidup bukan lama ketawa selagi boleh. HaHaHa~~~ Seriuss, waktu shot gambar ni aku sendiri tahan gelak. Aku tak tahu Dina ni nak buat muka apa? Tapi tahan je tengok muka Dina waktu nie. Sumpahh lawak wehhh.  Okk.. Tikah waktu ni tak tahu nak buat muka apa? Aku cakap lahh "buat je muka apa-apa tak kisah". Sekali ini la hasilnya. Boleh tahan. Dalam malu-malu jadi juga gambar ni.  Close-Up (Bukan Manusia) Nama kucing ini Bella. Dia ni comel. Tapi kadang-kadang dia ni manja, kadang-kadang dia ni sombon...