BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Normaliza Abd Rahim (2019)
Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan dan memberi ulasan serba sedikit berkenaan sebuah buku yang bertajuk Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Buku ini mengandungi tujuh bab. Bab satu buku ini menyatakan berkenaan definisi wacana yang merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Berdasarkan bab dua pula menerangkan berkenaan dengan teori dan pendekatan wacana buku ini dengan menyatakan lima teori iaitu Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis VanDjik (1977), Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) dan Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Oleh itu, berdasarkan pemilihan teori yang ingin digunakan dalam sesebuah kajian itu amat penting bagi menjamin kesahihan data yang diperoleh. Seterusnya, terdapat tiga kajian berkenaan dengan analisis wacana...