Posts

Showing posts from September, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Image
Assalamualaikum, Perkongsian kali ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang keluarga saya. Keluarga ialah asas kepada masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Anggota keluarga merupakan orang yang paling bermakna dalam kehidupan kita. Keluarga biasanya terdiri daripada ibu, ayah, kakak, abang dan adik.  Keluarga saya terdiri daripada enam orang ayah, ibu dan tiga orang adik. Saya merupakan anak sulung dalam keluarga. Saya mempunyai tiga orang adik iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Nama ayah saya ialah Baharuddin Bin Bharin. Ayah saya merupakan seorang pesara tentera laut. Kini, beliau bekerja sendiri. Ayah saya berumur 50 tahun. Pada waktu lapang, ayah saya suka pergi memancing. Ayah saya merupakan seorang bapa yang baik. Beliau sangat prihatin akan anak-anaknya yang mempunyai masalah. Jika saya mempunyai masalah, saya pasti akan mencarinya untuk menanyakan pendapat dan cara untuk menyelesaikannnya.  Ibu saya bernama Sakinah Bt Othman. Beliau be

BBM3410Satu2019: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Image
Assalamualaikum, Perkongsian kali ini saya akan menceritakan berkenaan tips belajar dengan mudah. Setiap orang pasti memiliki cara belajar mereka yang tersendiri. Perkongsian gambar di bawah  merupakan antara tips yang saya gunakan untuk belajar. Semoga dengan adanya tips ini dapat membantu pelajar-pelajar yang hendak mengulang kaji pelajaran dengan mudah. Biar apapun tipsnya belajarlah bersungguh-sungguh. Semoga apa yang diharapkan menjadi kenyataan. 

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Image
Assalamualaikum, Pada hari ini, saya akan menceritakan berkenaan pengalaman terbaik yang pernah saya alami iaitu berpeluang untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Thailand. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan kerana ini merupakan kali pertama saya menjejak kaki ke negara orang. Saya berasa teruja kerana dapat mempelajari tentang budaya-budaya mereka, malah bukan itu sahaja saya turut berpeluang untuk mempelajari bahasa mereka yang unik itu. Selain itu, ketika saya membuat lawatan ini aktiviti yang paling menarik saya lakukan adalah saya dapat mengajar kanak-kanak di Thailand untuk berbahasa Melayu. Di sana, saya juga dapat merasa makanan Thailand dan dapat mengunjungi tempat-tempat menarik di sana. Antara tempat menarik yang saya kunjungi ialah Pasar Terapung Hat Yai, Bazar Malam Asia Hatyai dan  Pantai Samila Songkhla. Saya juga turut dapat mengenali rakan-rakan baru di sana.

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Rujukan: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi Penulis: Prof.Dr Normaliza Abd Rahim Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) SINOPSIS Cerita Sosial 1: Kisah ini menceritakan tentang Alim yang akan pulang ke kampung nenek dan datuknya di Kajang. Alim sangat teruja untuk pulang ke kampung kerana hendak bermain dengan ayam dan itik belaan datuk dan neneknya. Setelah sampai, Alim terus mencari-cari ayam dan itik tersebut. Namun,  Alim amat sedih dan kecewa apabila tidak menemui ayam dan itik tersebut. Dia menyangkakan bahawa ayam dan itik itu sudah mati. Tetapi setelah itu, Alim mula berasa gembira apabila mengetahui bahawa ayam dan itik tidak mati dan hanya dipindahkan ke reban yang baharu. Sekali lagi, Alim berasa sedih apabila melihat perubahan keadaan rumah nenek dan datuknya yang baharu tetapi dipujuk oleh neneknya dengan dibawa berjalan-jalan sekeliling kawasan rumah. Hati Alim yang duka kembali terubat dan akhirnya dia boleh bergelak ketawa ber

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), dalam  Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) menyatakan bahawa terdapat 10 etika penulisan blog dengan baik. Antaranya ialah : 1. Tajuk yang menarik perhatian pembaca .  Tajuk yang dipilih penulis hendaklah ringkas tetapi padat untuk menarik perhatian pembaca. Tajuk yang menarik sangat penting dalam penulisan blog. Hal ini demikian kerana tajuk merupakan perkara pertama yang akan dilihat oleh pembaca blog. Tajuk yang dipilih merupakan panduan kepada penulisan blog, jika tajuk yang dipilih menarik pasti pembaca akan tertarik untuk membaca blog tersebut dan sebaliknya. 2.   Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Penulisan blog yang baik hendaklah memiliki cerita yang menarik untuk menarik hati pembaca. Cerita yang menarik ini seharusnya daripada perkongsian pengalaman penulis itu sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Penulisan berkenaan pengalaman ini akan menjadi lebih menarik sekiranya ditulis dalam pelbagai jen

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Image
Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia Saya Faham Saya kata "Apa khabar" Dia jawab "Khabar baik" Ucapan untuk dia Ucapan untuk saya Selamat pagi, tengah hari, petang, malam Untuk dia Untuk saya Terima kasih Sama-sama Untuk dia Untuk saya Terima kasih Sama-sama Untuk kita Untuk mereka

BBM3410Satu2019: DIRI

Image
Assalamualaikum,  Nama saya adalah Noor Hidayah Binti Baharuddin. Saya berasal dari Kelantan tetapi tinggal di Sitiawan, Perak. Umur saya 23 tahun. Saya merupakan pelajar tahun akhir dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya gemar mengembara dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lasak seperti meredah hutan ( jungle trekking ). Jika saya mempunyai masa yang lapang, saya pasti akan melakukan aktiviti meredah hutan ini. Hal ini demikian kerana tempat untuk saya melakukan aktiviti ini tidak jauh dari rumah saya. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, malah dapat menerbitkan rasa syukur dalam diri akan kebesaran Allah SWT. Selain itu, saya juga gemar mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan dalam diri.  Sekian, terima kasih.